Wednesday 17 April 2013

Panas Dunia..

Assalamualaikum...

Sekarang ni asyik nak post gambar dessert je kan...al-maklum la musim panas ni dah berlangsung kira-kira sebulan jugak la kot..tu yang tak berapa nak tahan tu..tekak ni sentiasa je nak telan benda yang sejuk2..Kelmarin pun puan surirumah ni dah buat satu lagi dessert untuk melegakan tekak yang banyak sangat ragam nyer ni..PUDING KASTARD LAICI.. 

Hari ni macam malas plak nak letak kisah-kisah makan dan makanan..ape lagi nak taip resepi..heheheh.. **pemalas rupa nye surirumah sorang ni kan**..

Hmm..hari ni rasa macam nak muhasabah diri..mengenagkan hari yang panas terik semacam duduk bawah matahari dengan jarak sekilometer je..huhu..**agak-agak la bg example pun kan..sekilometer dgn matahari tu dah cair dah tubuh badan yg tak seberapa gagah ni..**

Semalam hari yang sangat panas..tak tertahan sangat rasa nya..aku dan si kecik tu umpana duduk dalam oven..rumah ni rasanya macam terletak sebelah kilang buat kayu arang..punya la panas..semalam je ada la 5, 6 kali jugak aku mandi..heh..!! tetiba pulak rumah aku ni ada water heater..air pancut kat bilik air pun panas jugak la..tapi apakan daya..mandi jugak drpd tak mandi langsung tak sejuk..si kecik tu pun..kejap2 lagi kasi mandi..mana tak nyer..dia kalo panas mula la garu lengan..garu leher..garu punggung..karang tak pasal2 ruam2 badan..so bg la mandi biar dia sejuk selesa..tak de garu2..

Dalam duduk termenung mengenangkan cuaca yang semakin memanas tu..terbayang-bayang lah di akal fikiran yang cetek ni akan..bagaimana lah agaknya keadaan cuaca di padang masyar nanti..dikhabarkan panas nya seolah-olah matahari itu sejengkal sahaja dari ubun-ubun kepala...perrghhh...kalo panas sekarang ni boleh nak mandi2..panas kat sana nnt..mana la nak cari air nak mandi..

Kata ustaz ustazah..

"Amalan kita menentukan sama ada kita bakal merasai panas itu atau pun tidak"
..tapi kalo insan sekerdil aku ni..dapatkah aku merasai barang sedikit kesejukkan di sana..

Kata ustaz ustazah lagi..

"Berbahagian lah wanita yang mengizinkan dan meredhakan suami nya berpoligami atas landasan agama..maka dikurniakan buatnya payung emas yang bakal melindunginya dari kepanasan di padang masyar.."
..tapi wajarkah aku suruh suami aku kawin lain semata-mata mahukan payung emas yang digembar gemburkan tu..ohh~~tak sekuat itu rasanya jiwa ini..sesungguhnya mendapat payung emas itu mmg satu rahmat..tapi...bukan senang nak dapat payung emas kalo hanya setakat redha je..dah bg suami kawin lain tak boleh cemburu..tak boleh melenting..tak boleh pertikaikan suami adil ke tidak..ohh~~saya belum sesempurna itu..

Haih...ada banyak lagi perkara yang boleh menyelamatkan kita dari tersiksa di bawah panas saat percaturan amalan baik dan buruk dilaksanakan nnt..tak dapat aku nak huraikan satu persatu..bahkan aku tidak layak pun menghuraikannya dek kerana ketandusan ilmu..malah siapa lah aku utk berkata itu dan ini mengenai hal ehwal agama..aku yang terlalu kerdil dan singkat pengetahuannya..bahkan tiada satu pun ilmu itu millik ku..semuanya pinjaman dari Allah semata-mata...

Semoga Allah golongkan aku, suami ku..anak-anak ku..seluruh ahli keluarga ku..sahabat2ku..serta semua umat Islam..di dalam kalangan mereka yang terselamat dari siksa api neraka dan mendapat redha Allah di dalam syurganya..insyaAllah....

No comments: