Tuesday 12 March 2013

Siapa Cik Puan Surirumah....????

Assalamualaikum...

Hari ni berpeluang nak mencoret dengan lebih banyak dan lama..sbb budak kecik dan bapak budak kecik tu tdo awal..hahaha....cik puan surirumah tak bleh tdo lagik sebab baru je selesai mendobi baju yang dah 2 bakul bertimbun..Huh..!! Letih aku..!!

Dalam kelapangan waktu yang terluang ni..tetiba rasa macam nak bercerita ttg cik puan surirumah ni..moh kita ikuti kisah beliau..

Sebenarnya..cik puan surirumah ni bukan lah surirumah yang patut diiktiraf sebagai surirumah sepenuh masa pun..sbb puan surirumah ni adalah seorang pelajar sepenuh masa tapi gaya macam pelajar PJJ saja..haha...sila tafsirkan sendiri ape benda la yg aku ckp tu td..HADOI..!!!

Al-kisahnye lepas habis master dulu..puan surirumah ni telah melahirkan baby sulung nyer..tu la si kecik yg tdo dlm bilik tu haaa...hehe...kira rencana Allah tu amatlah bijaksana dan maha tepat lagi hebat...sebaik saja balik dari majlis konvokesyen yg konpius nak pegi ke tak nak pegi (memandangkan puan surirumah dah over-due-date bersalin)...puan surirumah ni pun bersalin lah dengan jaya nya..hehehe..alhamdulillah...demi membesarkan anak beliau...maka ditangguhkan la dulu niat nak bekerja..kebetulan pada masa itu..professor beliau masa belajar dulu telah meng"offer" beliau utk sambung phd la pulak..hehe...dek kerana proses permohonan terlalu lama..maka sempat la beliau ni merasa hidup menjadi surirumah sepenuh masa dan membesarkan si kecik tu dengan jagaan sendiri tanpa campur tangan mak mahu pun mak mertua...eceh...perlu ke nak mentioned semua tu??...hahaha

Beliau ni tak fikir pjg nak sambung pelajaran lg sbb beliau telah pun memohon biasiswa kerajaan...kihkih..mari kita manfaatkan peluang yang ada..lain kali tak de dah..rugi tau tak mohon..huhu..maka bergelarlah cik puan surirumah ini sebagai pelajar lagi...tapi memandangkan pusat kajian beliau jauh nun di kelantan..dan beliau ni pulak tggl di perak..maka berjarak jauh la beliau dgn kerja2 nya...sbb tu la beliau ni diumpamakan seperti pelajar PJJ..lagi pun buat research ni bukan nak kena 24 jam ada di work station..keje2 cari journal, buat literature review..memantapkan proposal..article writing semua boleh dibuat dari rumah saja..yang penting ada kemudahan internet di rumah..serta talian telfon yang aktif..ye la nak kena berkomunikasi dgn supervisor selalu...senang call je...email2 ni lambat..

Bila tiba time nak training..baru beliau tu pegi ke kelantan sana nun...bila time nak buat experiment, cari subject dan data collection...maka berlama-lamaan lah beliau di sanun...jauh lah beliau dr permata hati beliau yg satu tu...jgn risau..mak beliau pasti akan menjaga si kecik tu dgn baik..heheh...

Mula2 beliau dok ulang alik kelantan - perak tu..mmg lah teramat sgt letih..blk je rumah nak kena melayan si kecik tu...nak nak pulak si kecik tu buat perangai memerap je..rindu lah katakan...nak mama je..dgn org lain, tak layan punyer...salah sket..gerenti mengamuk..hadoi...sabau je la..tapi bila dah selalu berkeadaan begitu..maka rasa letih dan penat tu dah dapat di ketepikan..bak kata org.."alah bisa tegal biasa"..lagi pun cik puan surirumah ni cepat mengadaptasi keadaan..hehe..(eceh..tetiba kembang kempis hidung beliau)..so beliau tak mengambil masa yang lama utk menyesuaikan diri dgn kesibukan itu..huhu

Yang terbaru ni..puan surirumah akan ke kelantan lagi dalam seminggu dua gitu..tgk la keadaan dan kehendak kerja macam mana..harap byk perkara boleh setel dan boleh blk jmpa si kecik tu cepat..

Sekarang waktu paling mencabar..kerana puan surirumah ni mengandung kali kedua..maka double penat la jadi nya..tapi tak pe..dulu2 masa mengandungkan yang sulung pun cik puan masih belajar..kira dah ada experience..so jgn fikir byk..jgn fikir yg susah2..redah je..semoga semua urusan dipermudahkan Allah...insyaAllah...

Sekian..puan surirumah nak masuk tdo...

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..................................

No comments: